Sila ikuti laman media sosial kami Facebook / Twitter (KDEB Waste Management) bagi sebarang maklumat mengenai tender.
Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor : 03 - 5511 4344 / 019-3622359 (Pegawai Tender Bertugas) atau emel : tender@kdebwm.com
Panduan Pendaftaran Sistem Tender Atas Talian (STAT)
Petender mesti memuat turun Manual Sistem Tender Atas Talian sebelum membuat pendaftaran dan mengisi maklumat syarikat.
Pentender mesti mengisi maklumat syarikat dengan lengkap.
Sila ambil maklumat bahawa maklumat syarikat yang diisi mestilah benar. Pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang mengisi maklumat palsu.
Sila pastikan alamat email yang diisi didalam sistem ini adalah benar dan sah untuk digunakan bagi memudahkan penghantaran sebarang notifikasi melalui email.
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 1280 x 800.
Sekiranya petender lupa kata laluan, sila tekan butang Lupa Kata Laluan. Petender dilarang mendaftar maklumat syarikat yang baru bagi mengelakkan duplikasi maklumat syarikat di dalam sistem.Petender yang didapati melakukan duplikasi maklumat syarikat di dalam sistem akan disenaraihitamkan.
Sila berhubung dengan pegawai kami sekiranya terdapat sebarang persoalan tentang Sistem Tender Atas Talian ini.
Semasa tarikh penghantaran tender, Petender hanya perlu menghantar dokumen tender sahaja. Dokumen profil syarikat tidak perlu disertakan sekali
KDEBWM berhak sepenuhnya untuk menolak dokumen tender yang tidak lengkap, mengemukakan maklumat palsu dan /atau melalui penipuan dan gagal mengikut terma yang ditetapkan. Keputusan KDEBWM adalah muktamad.
Penafian : KDEB Waste Management Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam sistem ini.